Thursday, 17 December 2020

DIET DAN HIPOGLISEMIA

*HIPOGLISEMIA*
(Gejala Gula Teramat Rendah Dalam Darah)

Gejala ini *SELALU BERLAKU* pada pesakit kencing manis terutamanya yang ada ambil ubat kencing manis bernama *GLICLAZIDE* dan juga *SUNTIKAN INSULIN*.

Sebab² nya adalah:

❤️ *Lambat makan* (lebih dari 30 minit) selepas ambil ubat kencing manis GLICLAZIDE dan cucuk insulin.

❤️ *Banyak buat kerja / senaman berlebihan* selepas ambil ubat kencing manis GLICLAZIDE dan cucuk insulin.

❤️ *Terlebih dos* ubat kencing manis GLICLAZIDE atau dos insulin.

❤️ Makan on time, tapi *kuantiti makanan itu terlalu sedikit.*

Perlu diingat, pesakit kencing manis tetap kena *WAJIB MAKAN MAKANAN SECARA KONSISTEN* di samping kena rajin *CEK GULA* di jari dari semasa ke semasa untuk mengelakkan gejala hipo ini.

HIPO = *BACAAN GULA DI BAWAH 4.0 MMOL/L*

Tanda² HIPO:
_*Gigil, seram sejuk, pening, melayang layang, kenoneng, lapar teramat, badan terketar, mata berpinar, dan mudah panas baran*_πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Apa nak buat jika diserang HIPO❓

Ambil 3️⃣ biji GULA GULA 🍬🍬🍬 dan kemam nya di dalam mulut (sebatikan dengan air liur anda)

atau

Minum *AIR BANCUHAN GULA* yang pekatπŸ§‹πŸ§‹

atau

Minum *AIR KOTAK MANIS* πŸ§ƒπŸ§ƒπŸ§ƒ

Tetapi,

*JANGAN TERUS AMBIL NASI ATAU MINUM MILO* kerana ia *LAMBAT* nak bertukar menjadi GULA. πŸ”₯πŸ”₯

HIPO ITU *BAHAYA*‼️

Kerana pesakit boleh pitam, pengsan, koma, lalu meninggal dunia jika *GULA TAK SAMPAI KE OTAK*‼️πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

_semoga membantu_πŸ’ͺ

Farmasis Faiz
_farmasis kaunseling_
Kota Tinggi, Johor
*017-7307008*
_memberi khidmat kaunseling UBAT & KESIHATAN secara berdepan, whatsapp, phone call, & video call_

No comments:

Post a Comment