Tahukah anda tentang FOLIC ACID❓
Ia adalah sejenis vitamin yang berfungsi sebagai salah satu komponen untuk TAMBAH DARAH bagi melawan anemia.
Selalunya, mereka yang plan nak derma darah memang akan ambil folic acid ini untuk tambah kan darah mereka.
Dan folic acid sangat femes untuk wanita yang merancang untuk hamil, dan juga yang sedang hamil.
Folic acid banyak terlibat dalam penghasilan DNA sebenarnya‼️
Folic acid ini memang kena diambil awal oleh wanita yang merancang untuk hamil atau yang dah hamil untuk MENGELAKKAN KECACATAN JANIN.
Tetapi, perlu diingat‼️
Folic acid bukan vitamin kesuburan‼️
Kepada anak dara, sila ambil folic acid 3 BULAN SEBELUM KAHWIN untuk menyiapkan diri dengan nutrien yang diperlukan.
Di farmasi luar, memang ada banyak jenama.
Manakala, dos di setting klinik dan hospital adalah 5mg. Dan tak ada masalah dengan dos sebegini kerana itu juga adalah normal dos.
Kena makan folic acid 1 biji 1 kali sehari selepas makan.
Ya, boleh je kalau nak ambil folic acid untuk tempoh yang lama dan berpanjangan kerana kajian membuktikan tidak ada masalah nak ambil folic acid untuk tempoh yang lama.
Ya, banyak sayur kaya dengan folic acid, tetapi ia dah pun terurai sebaik saja sayur dimasak.
Maka, tak ada masalah nak ambil folic acid sebagai supplemen tambahan.
Semoga Membantu.
Silakan Berkongsi.
INFO DARI GROUP WHATSAPP PESAKIT DAN FARMASI
CREDIT TO
Farmasis Faiz Akmal
farmasis kaunseling
017-7307008
menawarkan khidmat kaunseling ubat & kesihatan secara berdepan, whatsapp, sms, phone call, & video call
No comments:
Post a Comment